27.12.09

memori 933/kuanghill

Kenangan lama mmg menghancurkan hati,,buat aku hilang percaya pada sesiapa pun bagi diri ku kalau aku tipu pada diriku jugak tak bermakna lagi untuk hidup,,hilang keluanga ,hilang saudara,hilang harta benda,hilang kasih sayang,hilang kau yang ku cinta..hilang segalanya..pengalaman mmg mengajar aku segalanya,tapi ape yang berlaku segalanya kadang2 bagai aku hilang kedua kaki dan sepasang mata ini..gelap hidup bila memikirkan sume tu..ape daya aku mampu buat tika itu dan sekarang pun aku tak mampu untuk berbuat ape!Apelah takdir yang menduga ini..Semakin hari semakin menghilang.kekadang aku mendapat semangat kekadang kenangan yang datang menghantui diri,,.Seolah ape yang datang menduga tak dapat untuk aku elak..segala kekuatan yang ada aku berserah,,kekadang aku redha dan rela dihianati ape saja dari siapa saja,biar mereka semua puas hati !aku menaruh kepercayaan pada kamu,, kerna kamu darah daging ku,Ape saja kuserahkan sepenuhnya untuk kau gantikan tempat arwah ayah,Segala kejayaan nak aku kongsikan kita sekeluarga,Namun tak aku sangka kamu itu duri dalam lipatan,seolah mereka sebuah drama kau hancurkan segalanya,Harapan arwah ayah kau musnahkan,kau hancurkan segalanya,seolah segala permainan kamu itu wasiat dari arwah!kejam sekali kau hancurkan segalanya!tega kau mainkan segala wasiat itu..setan kau!
Tanpa kau sedari walau undang2 malaysia kini yang juga buat aku hilang percaya kerana ringgit lebih menjadi nilai semua,tak mengapa..Yang diatas sana adil bijaksana..Pedih dan saki nya atas ape yg berlaku dah tak aku peduli, Walau ape yang kau rancangkan semua ni aku hanya memandang dan semanis senyuman aku hulurkan..ya.mmg kami yang lain tak ada daya nak menghalang undang2 yang dah kau kuasai itu,,..Ingat lah wahai manusia.,dunia dan harta hanyalah pinjaman yang tak abadi begitu jugak jasad fizikal kamu itu yang bakal menjadi bahan ratah ulat2 tanah..Dan yang abadi adalah roh mu yang lebih bersemadi bersama segala akal pintar kamu itu yang membawa kamu menikmati sesuatu yang tak ternilai nanti wahai manusia!!!!!
Ohh..Tuhan tak layak kah aku untuk lari segala keperitan ini?hanya padamu,dan demi kamu aku kekadang menganggap aku terlalu bertuah kerana mendapat segala dugaan ini yang kadang2 buat aku tertanya2 kenape lah kau beriku dugaan sebegini,salah dan silap apekah yang telah aku dan sejarah silam keluargaku?sampai aku sendiri tak dapat kenali siapa kami..Berterusan Kau menguji hambamu ini.seolah tak mampu untuk aku mealui kehidupan yang sedikit sempurna..Segala telah aku lakukan untuk bangun seolah tak ada makna lagi.Ape yang dah berlaku tak pernah aku bayangkan dan telah berlaku.ape yang bakal berlaku dapat aku bayangkan.Tak tahu mampukah aku hadapi segalanya lagi..aku terlalu lemah untuk kau berikan ini..''Walid,seandainya walid masih ada,tak mungkin walid biarkan anak mu melalui semua ini,..tak mungkin terlalu berat anakmu ini merasai kehidupan yang seolah direka dan dirancang..tak mungkin peritnya dan kesusahan ini berlaku kerana kita pernah merancang segalanya,harapan walid sudah menjadi terlalu ngeri untuk diingatkan lagi,..segalanya juga sudah hilang tak ade ganti..segalanya kenangan juga seolah dibakar hidup2..!''

No comments:

Post a Comment